Tuesday, December 1, 2009
Cuti....oh cuti.....
Kawan-kawan buat apa cuti sekolah yang panjang ni.... saya cuti sekolah ni tak kemana-mana sebab ibu masih pantang, jadi saya main dengan adik sahaja. pagi-pagi saya pergi mengaji di kafa Perkim kampung baru. Petang baru saya keluar main dengan kawan baik saya Sabrina. Itu lah yang saya buat pada cuti sekolah ni.... Pada cuti ni ibu saya ada dirumah bercuti juga itu yang seronok.
Sunday, November 29, 2009
Deeba oh Deeba......
.jpg)
.jpg)
Thursday, November 26, 2009
kisah kawan baik saya
Nama sahabat baik saya sabrina. saya suka kawan dengan dia kerana dia baik hati. saya suka sangat kawan dengan dia. Umur dia 5 tahun, dia tinggal dihadapan rumah saya.
Tuesday, November 24, 2009
Pokok kesukaan saya
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Ini pokok Terung saya, pak ngah saya yang berikan anak pokok terung ini semasa saya balik ke rumah wan saya di Raub. sekarang pokok terung saya sudah besar dan berbuah tetapi satu biji sahaja.
Ini pula pokok lada yang diberi oleh mak long saya. sudah besar dan berbuah banyak. bila ibu saya nak masak goreng berlada saya boleh petik sahaja di pokok.
pokok bunga yang cantik ini wan bilut yang kasi pada ibu.bunga itu ada 2 warna oren dan kuning. saya suka bunga ini
Salam perkenalan....
Nama saya Nur Damia Huda binti Saperi. Saya berumur 6 tahun. Saya bersekolah di PRA Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah, Bentong. Saya tinggal di Taman Bentong Makmur. kepada kawan-kawan yang melihat blog saya sila lah singgah ke blog saya. Buah Cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... bye...
Subscribe to:
Posts (Atom)